Didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 13 September 1966 dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-13091966. Pada awal penubuhan, persatuan ini dikenali sebagai Persatuan Bekas Pelajar-pelajar Mesir dan dialamatkan di Kolej Islam Malaya, Klang, Selangor. Setelah mengambil kira peranan dan sumbangan alumni daripada negara-negara Timur Tengah yang lain termasuk Iran dan Turki, maka nama persatuan ini turut diubah kepada Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah pada tahun 1978. Pada tahun 1983, nama ditukar PBMTT telah ditambah kalimah al-Muslimin menjadikan nama persatuan pada hari ini ialah Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT). Ahli persatuan tidak hanya terhad kepada lulusan Pengajian Islam sahaja, bahkan turut mencakupi bidang lain termasuk bidang Perubatan dan Pergigian.
Markas PBMITT
Peringkat awal penubuhan, PBMITT menumpang alamat Kolej Islam Malaya memandangkan ahli-ahlinya ramai berkhidmat di situ. Kemudian, PBMITT memindahkan operasi di alamat No. 13A, Lorong Universiti C, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor. Setelah itu, PBMITT telah membeli sebuah premis beralamat di No. 9, Jalan 1/4, Bandar Baru Bangi, Selangor lalu dijadikan pejabat sehingga tahun 2011. Pada tahun 2011, PBMITT telah memindahkan operasi pejabatnya di No. 34, Jalan 3/70, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor hasil pembelian premis baru sumbangan daripada Kerajaan Oman.
Tujuan Penubuhan PBMITT
Menyatukan seluruh bekas Mahasiwa Malaysia dari institusi pengajian Timur Tengah.
Mempertahan, mengembang dan menyiarkan ajaran-ajaran Islam.
Memelihara dan memperjuangkan hak dan kepentingan ahli.
Mengadakan usaha-usaha kebajikan untuk membantu ahli dan masyarakat.
Memelihara dan memajukan bahasa dan pengajaran al-Quran al-Karim.
Berusaha meningkatkan taraf ekonomi ahli.
Menumpukan kegiatan dalam bidang kebajikan umum.
Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan PBMITT untuk kepentingan bersama.