PBMITT

Pengenalan

Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan oleh sekumpulan bekas mahasiswa yang pernah menuntut di Timur Tengah. Persatuan ini telah didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1969 di mana dahulunya ia dikenali sebagai Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah (PBMTT). Persatuan ini ditubuhkan dengan menggariskan beberapa objektif yang dijadikan sebagai landasan dalam menjalankan apa jua aktivti. Objektif-objektif tersebut ialah seperti berikut:  

  •  Menyatukan seluruh bekas Mahasiwa Malaysia dari institusi pengajian Timur Tengah.
  • Mempertahan, mengembang dan menyiarkan ajaran-ajaran Islam.
  • Memelihara dan memperjuangkan hak dan kepentingan ahli.
  • Mengadakan usaha-usaha kebajikan untuk membantu ahli dan masyarakat.
  • Memelihara dan memajukan bahasa dan pengajaran al-Quran al-Karim.
  • Berusaha meningkatkan taraf ekonomi ahli.
  • Menumpukan kegiatan dalam bidang kebajikan umum.
  • Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan PBMITT untuk kepentingan bersama.