Didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 13 September 1966 dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-13091966. Pada awal penubuhan, persatuan ini dikenali sebagai Persatuan Bekas Pelajar-pelajar Mesir dan dialamatkan di Kolej Islam Malaya, Klang, Selangor. Setelah mengambil kira peranan dan sumbangan alumni daripada negara-negara Timur Tengah yang lain termasuk Iran dan Turki, maka nama persatuan ini turut diubah kepada Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah pada tahun 1978. Pada tahun 1983, nama persatuan telah ditambah perkataan Islam dan menjadikan nama persatuan pada hari ini sebagai Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT). Ahli persatuan tidak hanya terhad kepada lulusan Pengajian Islam sahaja, bahkan turut mencakupi bidang lain termasuk bidang Perubatan dan Pergigian.
Hantarkan pertanyaan atau maklum balas anda melalui emel.
sua.pbmitt@gmail.com
Kunjungi lokasi kami untuk maklumat dan urusan lanjut
Pejabat Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah No. 34, Jalan 3/70, Seksyen 3, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor
Ikuti kami di platform media sosial untuk info terkini dan aktiviti semasa.
Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah